Murid Tahun Empat SK Ayer Merah maut kemalangan

Gags Teacher
0
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36.8 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai pada Sabtu. -Foto: Ihsan PDRM

MACHANG - Seorang murid Tahun Empat maut dalam kemalangan di Kilometer 36.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pagi Sabtu ketika dalam perjalanan bersama keluarganya menghadiri hari keluarga.

Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Merah, Machang itu, Wan Muhammad Raziq Haikal Wan Mohd Sham Suhaimi, 10, meninggal dunia di lokasi akibat parah di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang juga penumpang kereta Perodua Kancil dipandu bapanya dalam perjalanan dari arah Machang menuju ke Kem Desa Pahlawan Bukit Cina di sini.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang doktor wanita berusia 28 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta yang dinaiki mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau pertembungan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

"Bapa mangsa berusia 40 tahun dan pemandu Perodua Myvi hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now