Calon SPM mencarut kesal, kata-kata kesat cemar nama sekolah

Dua orang calon SPM yang tular susulan video mengecam kertas peperiksaan Sejarah membuat permohonan maaf secara terbuka.


PETALING JAYA – Dua orang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 yang tular kerana mengeluarkan kata-kata kesat selepas menjawab peperiksaan untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 2 baru-baru ini meluahkan perasaan kesal atas perbuatan mereka. 

Pelajar-pelajar tersebut memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari tindakan mereka mengecam pembuat kertas soalan itu menerima kecaman orang ramai. 

Katanya, kata-kata yang keluar dari mulut mereka ketika itu adalah spontan antara kawan-kawan. 

Katanya, kata-kata yang keluar dari mulut mereka ketika itu adalah spontan antara kawan-kawan. 

“Apa yang keluar dari mulut saya itu spontan, kita meluahkan pada kawan-kawan. Tapi, kawan saya ini dia tersilap langkah, dia tak fikir sebelum buat dan mengupload (muat naik) video dia sendiri itu ke dalam media sosial yang mengakibatkan viral. 

“Apa-apa pun, saya di sini nak memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Kementerian Pelajaran (KPM), guru-guru saya serta guru yang terlibat membuat kertas soalan itu” katanya. 

Sementara itu, seorang lagi pelajar tersebut turut mengatakan akan bertanggungjawab atas perbuatannya yang telah memburukkan nama sekolah. 

“Saya amat menyesali kerana menularkan video tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya. Saya tidak berfikir panjang sebelum memuat naik video tersebut,” katanya. 

Susulan video tular itu, polis turut menahan dua remaja lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. 

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan pelajar berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan keluarga pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-dua mereka dibebaskan selepas memberikan keterangan. – KOSMO! ONLINE

 

Previous Post Next Post