Masukkan literasi kewangan dalam silibus pembelajaran - Belia

KUALA LUMPUR: Persatuan belia dalam negara mengesyorkan mata pelajaran Literasi Kewangan dimasukkan sebagai subjek pembelajaran bagi menangani isu belia muflis yang berada pada tahap membimbangkan. 


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Suara Belia, Md. Yassir Arafat berkata, seminar dan program tidak cukup untuk mengurangkan kadar muflis dalam kalangan belia dan harus diterapkan dalam pelajaran harian supaya ada penerangan yang teliti.


"Kementerian Belia dan Sukan fokus pada had umur belia 15 tahun hingga 30 tahun sedangkan isu sebenar adalah daiam umur 20 hingga 25 tahun itu ramai yang dibelenggu hutang dan kemudian diisytihar muflis.


"KBS harus berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai implimentasi satu silibus yang mempunyai hands on experience yang akan dijadikan sebagai satu inata pelajaran yang menarik dan bukan sekadar teori.


"Harap pihak kementerian boleh mendengar suara belia untuk melindungi kumpulan ini daripada terus diisytihar muflis berbanding hanya mengharapkan publisiti," katanya ketika dihubungi Disember lalu, 


Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata akan melaksanakan inisiatif terbaharunya dalam usaha membantu golongan belia berdepan masalah muflis menerusi KBS. Katanya, golongan belia muflis ini memerlukan intervensi kerajaan dan KBS untuk membantu mereka keluar daripada kepompong masalah berkenaan.


Sementara itu, Lim San Shien yang merupakan Presiden Persatuan Pemimpin Belia Universiti Malaya (UM) berkata KBS boleh memulakan inisiatif kempen di peringkat universiti dan komuniti tempatan untuk mendekati belia.


"Golongan muda juga perlu diberikan bimbingan, motivasi dan khidmat nasihat untuk mengekalkan status kewangan yang sihat dan belanja ikut kemampuan diri.


"KBS hendaklah membantu belia dalam usaha mendapat sumber pendapatan sampi- ngan dengan mengadakan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).


"Menerusi inisiatif itu, belia dapat sumber pendapatan sampingan (side gig) seperti bekerja dalam ekonomi gig dan kerja sampingan agar dapat menjana lebih banyak pendapatan bagi mengatasi isu kos sara hidup dan mampu menampung keperluan seharian," katanya.

Previous Post Next Post