PIBG dakwa 'tangan ghaib' PPD lesapkan peruntukan baiki kantin

Keadaan SK (RKTP) Kampung Awah

MARAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) (RKTP) Kampung Awah di sini mendakwa pihaknya difahamkan peruntukan bagi membina dan membaik pulih kantin sekolah yang rosak sudah diperoleh pada 2016 berjumlah lebih RM300,000. 


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan Yang Dipertuanya, Zulyazan Mat Saman mendakwa, PIBG difahamkan, Jabatan Negeri Pendidikan Pahang (JPNP) sudah membuat permohonan pada 2016 membabitkan 15 buah sekolah di seluruh negeri ini yang memerlukan penyelenggaraan kerana berada dalam keadaan kritikal.


Beliau mendakwa, peruntukan keseluruhan 15 sekolah itu difahamkan berjumlah RM704,000 termasuk SK (RKTP) Kampung Awah, RM309,000.


"Kita difahamkan dan ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa perun- tukan untuk kantin sekolah ini sudah pun diperoleh, namun ia 'dialihkan' ke sekolah lain oleh tangan ghaib dalam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini.


"la ibarat seperti ini, peruntukan sudah diperoleh, tapi difahamkan ia bertukar tangan. Cuma persoalannya, permohonan dibuat kerana kantin sekolah ini dikategorikan kritikal tetapi kenapa tangan ghaib itu mengalihkannya?


"Pihak PIBG tidak menuduh, tapi kita difahamkan seolah-olah ada tangan ghaib campur tangan di PPD di sini melibatkan soal pembangunan, jadi untuk kepastian pihak berwajib khususnya JPNP perlu melakukan, siasatan," katanya di sini semalam.


Sebelum ini, Akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari lalu melaporkan isu kerosakan kantin sekolah itu yang menyebabkan 230 orang murid terpaksa makan merata-rata termasuk di tepi longkang.


Ada antara mereka makan dalam kelas, di. laluan pejalan kaki dan juga bawah khemah yang dipasang pihak sekolah bagi menampung ruang makan murid-murid di situ.


Jika hujan, murid tiada pili- han dan terpaksa makan di bawah khemah disediakan walaupun berlecak.


Bagi 25 guru dan tujuh kakitangan kumpulan sokongan, mereka juga terpaksa membungkus makanan dan makan dalam bilik guru.


Difahamkan, kantin sekolah itu rosak sejak 2016, malah aduan sudah disalurkan kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan dilakukan. 


Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa kantin di SK (RKTP) Kampung Awah akan dibaik pulih dan sudah pun disenaraikan dalam projek daif kementerian. Kementerian itu menerusi kenyataan berkata, kantin rosak itu sudah termasuk dalam senarai 74 projek daif yang diperakukan untuk Rolling Plan ke-3 (RP3) tahun ini dan kelulusan projek berkenaan tertakluk kepada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Previous Post Next Post