Diskaun PTPTN tidak diteruskan - Menteri

 


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan muktamad berhubung perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.

"Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan (pemberian diskaun PTPTN) itu.

"Apa-apa pun mengenai hal itu, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama peminjam PTPTN mungkin mendapat khabar gembira dalam pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini.

Berita lanjut menyusul
Previous Post Next Post