Tukang kebun ditahan dipercayai bunuh pengawal sekolah


Ipoh: Pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Seri Botani di sini, maut dipercayai dibunuh tukang kebun sekolah sama, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 3.34 pagi dengan mangsa berusia 43 tahun ditemui tidak sedarkan diri, bersandar di dinding pondok pengawal sekolah itu.


Katanya, susulan kejadian suspek lelaki berusia 55 tahun ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini. 


“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai membunuh mangsa kerana marah apabila mangsa enggan membantu apabila diminta untuk membuat persiapan program sekolah. 


"Tangkapan dibuat dan polis berjaya merampas senjata yang digunakan suspek. 


"Keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian abdomen," katanya dalam kenyataan. 


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Previous Post Next Post