11 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

 


PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PANITIA PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS / KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.

3. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.

4. PENGGUBALAN RPT

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

5. REKOD MENGAJAR

Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia.

6. PENULISAN RPH

Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

7. PENJAMINAN KUALITI PBD

Panitia perlu membincangkan dan mempunyai senarai semak penjaminan kualiti PBD. Senarai semak boleh diperolehi di laman web BPK, KPM di SINI

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.


loading...
Previous Post Next Post