Fikir dahulu sebelum keluarkan GCR - KPPA


PUTRAJAYA – Penjawat awam di negara ini dinasihatkan supaya berfikir sedalam-dalamnya jika mahu membuat penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) yang sudah dikumpul mereka selaras Bajet 2022. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, kerajaan ada memberikan akses kepada sumber peruntukan ini, namun ia bergantung kebijaksanaan penajwat awam untuk menguruskan kewangan dengan cara berhemah dan berjimat cermat

Beliau berkata, selaku penjawat awam yang bertanggungjawab, mereka perlu sentiasa memastikan rekod perkhidmatan diri sendiri diuruskan dengan teratur.

“Ini dapat mengurangkan masalah timbul pada masa akan datang berkaitan dengan urusan persaraan apabila maklumat peribadi dalam sistem telah pun direkodkan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dianjurkan Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA dengan tema khusus dipilih iaitu GCR – Kira Betul-betul! yang turut disertai Pengarahnya, Mohd. Shaiful Ibrahim. -

K!ONLINE

 

Previous Post Next Post