KPM nafi keluarkan jadual "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang"

Putrajaya - Menteri Kanan Pendidikan, Dato' Dr Radzi Jidin hari ini menafikan bahawa KPM ada menerbitkan dokumen rasmi bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang".

"Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.

"Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut," katanya.

Beliau berkata, KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.

"Sama-sama kita semak kesahihan sesuati berita sebeum menyebarkannya," katanya lagi.

Laporan portal tersebut masih boleh dilihat dan belum diturunkan oleh pentadbirnya.





Previous Post Next Post