Muat Turun Buku Pengurusan Sekolah (Format SKPMg)


Buku Panduan Pengurusan Sekolah merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta panduan yang perlu disediakan oleh sekolah setiap kali bermulanya sesi persekolahan yang memperincikan semua aktiviti sepanjang tahun semasa serta tugas-tugas guru yang telah ditetapkan oleh pentadbir. 

Ia juga menjadi rujukan kepada semua pihak yang berkaitan bagi mencari sebarang maklumat berkenaan sekolah dan juga semua warganya. 

Justeru, buku panduan ini yang merupakan idea sekumpulan pemikir dalam arena pendidikan telah berusaha menyediakan satu panduan dalam pentadbiran pendidikan yang dapat menjadi contoh kepada pengurusan di sekolah. 

Buku ini mampu menunjuk jalan proses perancangan yang tersusun secara berterusan, tadbir urus sumber manusia yang seimbang serta Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Pekeliling Kewangan sebagai bahan rujukan kepada pemimpin sekolah. 

Medium bertulis seperti buku ini merupakan salah satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk memberikan kefahaman berkaitan sesuatu hasrat yang dilaksanakan. 

Elemen-elemen penting dalam pendidikan seharusnya digabungjalinkan dengan nilai-nilai melalui peraturan yang disediakan oleh KPM. 



Kredit untuk JPN Perak untuk penghasilan Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini.


1 Comments

Previous Post Next Post