Kejadian buli di MRSM tidak akan berlaku jika ibu bapa ingatkan anak kejadian di UPNM


11 Disember - Kes murid sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sepatutnya tidak akan berlaku jika ibu bapa mengingatkan anak mereka berkenaan kes buli yang pernah berlaku di Universiti Pertahanan Malaysia tempoh hari. 

Perkara tersebut diulas oleh Datuk Zaharin Mohd Yasin, seorang pengulas politik di dalam satu hantaran Facebook beliau.

 “Jika saya ada akses bertanya dengan ibu bapa ke enam pelajar di tahan polis itu, saya mahu bertanya dua soalan ini.

“Apa nasihat tuan/puan berikan bila anak tuan/puan di terima masuk ke MRSM? 

“Ada tuan/puan maklumkan kepada anak tuan/puan bahawa dia adalah orang yang terpilih dari puluhan ribu jumlah pemohon masuk ke MRSM,” katanya.

Beliau berkata MARA perlu menambah baik cara kemasukannya dan pemilihan murid untuk ke institusi tersebut.

Setiap permohonan masuk ke MRSM perlu mendapatkan satu salinan surat laporan sulit murid dari sekolah terakhirnya sebelum ditawarkan ‘berjaya’.

“Saya ada keyakinan bahawa tindakan membuli pelajar dan sebagainya sudah ada rekod  di sekolah asal kerana guru disiplin akan merekodkan kesemua perkara murid dalam buku ‘laporan murid’,” jelasnya lagi.

Sebelum ini tular beberapa video menyaksikan seorang murid dikepung oleh beberapa lagi murid dan kemudiannya ditumbuk di bahagian perut.

 

Previous Post Next Post