Implikasi Penjawat Awam Jika Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan - Ex-Gratia

Dalam keadaan di mana seseorang anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan, faedah yang diberikan kepada tanggungan adalah turut tertakluk kepada opsyen yang dipilih.

Bagi anggota berpencen, faedah-faedah terbitan akan diberikan kepada pihak-pihak yang layak tertakluk kepada peruntukan akta pencen dan pekeliling yang berkuat kuasa. 

Bagi anggota yang memilih KWSP, faedah yang akan diterima oleh tanggungan adalah pengeluaran jumlah yang telah dicarum sepanjang perkhidmatan anggota dan majikannya serta beberapa faedah-faeda kewangan lain yang berkelayakan.

Berasaskan kepada senario semasa, terdapat waris kepada anggota yang meninggal duni dalam perkhidmatan menerima faedah yang rendah bergantung kepada skim persaraan yang dipilih oleh anggota tersebut.

Ex-gratia

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan ex-gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sebagai tambahan kepada faeda-faedah yang sedia ada.

PELAKSANAAN

Syara-syarat kelayakan

1. Anggota lantikan tetap atau sementara yang meninggal dunia dalam perkhidmata dan

2. Tarikh kematian anggota pada atau selepas 1 Januari 2020.

Jumlah pemberian ex-gratia


Walau bagaimanapun, ex-gratia kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

Pemberian ini tertakluk kepada apa-apa potongan ke atas hutan anggota kepada Kerajaan yang meninggal dunia tersebut. 

Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab meluluskan dan membayar ex-gratia kematian ini. Bagi anggota yang berpencen, pemberian ex-gratia kematian ini akan diuruskan bersekali dengan permohonan Faedah Terbitan yang dikemukakan oleh Jabatan akhir anggota.

Bagi kes kematian dalam perkhidmatan anggota yang memilih Skim KWSP atau anggota yang masih belum disahkan jawatan, jabatan perlu menguruskan permohonan ex-gratia kematian tersebut dengan mengemukakan Permohonan Ex-Gratia Kematian bagi Kematian Dalam Perkhidmatan (Borang JPA.BP.SOT.B01f) dan Sijil Akuan Berhutang (Borang JPA.BP.2) setelah diisi dengan lengkap oleh waris yang memohon.

Pemberian ex-gratia kematian kepada waris-waris yang layak adalah berasaskan kepada prinsip bayaran berikut:

Bilamana ketiadaan tiada waris yang layak (ibu bapa), keseluruhan pemberian ex-gratia kematian akan diberikan kepada waris-waris (a) dan (b) dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya tiada waris, tiada pembayaran ex-gratia kematian akan dibayar.

BACA: FAQ Ex-Gratia 

Muat Turun: 

Borang Permohonan Ex-Gratia Kematian bagi Kematian Dalam Perkhidmatan - JPA.BP.SPT.B01f

Previous Post Next Post