Lima cadangan aktiviti PAK21 tanpa perlu persiapan bahan


“Cikgu, ada ke aktiviti yang tak perlu guna ABM atau template?” 

Ada. 

Banyak aktiviti PAK21 yang tak perlu buat persiapan bahan. Antaranya: 

1. PERBAHASAN. 
  • Pesan kat murid siap2, akan ada aktiviti perbahasan. 
  • Cikgu pilih topik dan cikgu wujudkan kumpulan bahas ikut cara masing2. 
  • Lebih elok share video youtube pdp supaya murid dpt gambaran nk bahas topik apa. (Flipped Classroom) 

2. KUIZ. 
  • Pesan kat murid cikgu akan buat kuiz apa sekian sekian hari. 
  • Murid akan ready dgn ilmu di dada. Hehe. 
  • Guna je marker n whiteboard utk tulis markah kumpulan/individu. 
  • Bagus utk buat ulangkaji. 

3. R&R (Remind and Recall). 
  • Masuk kelas, cikgu uji semua murid dengan menulis fakta/teori di papan putih. 
  • Contoh subjek akaun, saya minta murid2 tulis butiran Penyata Kewangan di papan putih. 
  • Contoh, Murid 1 akan tulis “Jualan”, murid 2 sambung tulis “(-) Pulangan Jualan”, murid 3 sambung tulis “Jualan Bersih” dan seterusnya. 
  • Aktiviti ni akan menyebabkan semua murid akan “sunyi” sbb tgu giliran masing2😆😆 
  • Saya ada juga wujudkan Nota R&R Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. 
  • Alhmdulillah, telah disebarkan diseluruh Malaysia. 
  • Ada yang nk tempah boleh click sites saya d profile ya😊 

4. MUZIK DAN JAWAB. 
  • Aktiviti ni best. Cikgu pasang lagu (guna hp cikgu jerr) dalam kelas dan jalan disetiap meja murid sambil lagu dipasang. 
  • Bila lagu berhenti, cg akan berhenti d meja murid tertentu dan murid itu dikehendaki membuat pembentangan/penjelasan/ jawab soalan y diberikan oleh guru. 
  • Kalau Murid dpt jawab/bentang dgn baik, berilah pujian. 
  • Kalau murid itu salah jawab, cikgu sambung jalan sambil lagu di pasang dan cari “mangsa” baru. Aktiviti ni lebih seronok bila kita mainkan lagu budak2 zaman skrg😄 

5. SUDUT SUBJEK DI DALAM KELAS. 
  • Saya yakin ada kelas yang wujudkan papan kenyataan pelbagai subjek atau sudut ilmu seperti nota dan formula2 yang penting d belakang kelas atau mana2 sudut. 
  • Cikgu gunakan saja bahan itu. 
  • Contoh, cikgu berdiri d sebelah sudut/papan kenyataan yang tertera subjek cikgu, dan cikgu uji murid satu persatu.. murid 1 akan jawab soalan 1, murid 2 akan jelaskan soalan 1, murid 3 akan berikan contoh jawpan murid 2 dan seterusnya. 
  • Sudut subjek bukan sekadar hiasan kelas, kita “sedarkan” murid2 kita ia berguna utk ulangkaji. 

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa kita perlu sediakan ABM. Ikut kreativiti guru utk “hidupkan” suasana “fun learning” dalam bilik darjah. 

Ada murid suka belajar cara visual, mereka mudah menyerap ilmu jika lihat carta atau gambar. Ada juga yang belajar cara auditori. Mereka suka dengar pembentangan atau penjelasan dari rakan sebaya. 

Dan ada murid belajar cara kinestetik. Mereka suka pengalaman melibatkan anggota fizikal. 

Apapun ikut kreativiti masing2. Hanya cadangan sahaja. 

Saya tak pakar aktiviti pak21, apa yang saya kongsi daripada pengalaman saya sendiri bersama murid.😊 

Utk subjek prinsip perakaunan sekiranya wujud elemen Standard Kandungan, Standard Pembelajaran (aktiviti) dan Standard Prestasi, itu dah memadai (DSKP) 

Harap membantu.😊

Kredit: Cikgu Che Ainie

 

Post a Comment

0 Comments