KPM keluar garis panduan pelaksanaan kelas tambahan Tingkatan 5


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kelas tambahan bagi murid Tingkatan 5 Kohort 2021 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2 hingga 29 Mac 2022.

"Sehubungan dengan itu, KPM tiada halangan jika pihak sekolah ingin melaksanakan kelas tambahan di sekolah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa," katanya.

Bersama-sama surat pemakluman itu, disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Tambahan Murid Tingkatan 5 Kohort 2021 di Sekolah Semasa Pandemik COVID-19 sebagai panduan kepada pihak jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah bagi memastikan pelaksanaan serta pengurusan kelas tambahan di sekolah lebih teratur dan lancar.
Previous Post Next Post