Sekolahku SEJAHTERA mampu bentuk semula sahsiah murid demi sosioekonomi negara

Gags Teacher
0

Isu buli bukanlah suatu perkara asing di dalam masyarakat Malaysia, dan ia terus membelenggu negara khususnya di institusi pendidikan. Tahukah anda dalam tempoh 2008 sehingga 2017 terdapat 27,129 kes buli di sekolah dilaporkan di Malaysia, ini secara langsung memerlukan tindakan agresif dari pentadbiran negara.

Seiring dengan kepentingan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini (21 Februari) dalam pelancaran Sekolahku Sejahtera telah mengariskan 14 konsep untuk membina semula pembentukan sahsiah pelajar di Malaysia.

S – Selamat, Seronok, Sihat 
E – Etika, Empati 
J – Jati Diri 
A – Adab Sopan 
H – Harmoni 
T – Tekun, Teliti, Terampil 
E – Eksplorasi 
R – Rasional 
A – Artikulasi

Jelas Menteri Pendidikan negara, Dr. Razdi Jidin penerapan konsep Sekolahku Sejahtera akan dilakukan secara natural tanpa memerlukan sebarang penambahan subjek di sekolah. Ia bermakna nilai moral ini akan dilakukan oleh setiap guru pendidikan ketika sesi persekolahan berlangsung.

Erti kata mudah, semua pihak pendidikan perlu menjiwai konsep ini untuk diterapkan dalam diri para pelajar.

Langkah awal ini secara langsung akan membentuk semula stigma pelajar untuk tidak tertekan akan bebanan pendidikan dan menjadikan sekolah sebagai platform untuk mereka membentuk sahsiah diri secara bebas tanpa terpalit sebarang jangkaan.

Antara penerangan Dr.Radzi, konsep Empati seharusnya diberi penekanan yang meluas dalam pendidikan negara. Ini kerana konsep tersebut akan membawa kepada konsep Rasional yang sekiranya tidak seimbang, ini secara langsung akan mencetuskan gejala buli di dalam pendidikan Malaysia.

Situasi ini tidak hanya menjejaskan masa hadapan para pelajar tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan pembentukan generasi muda di masa hadapan.

Maka, KPM menyeru semua pendidik untuk menerapkan konsep Sekolahku Sejahtera secara berterusan, dari semasa ke semasa bagi memastikan sekitar 5 juta pelajar tidak berasa tercicir, diabaikan dan sentiasa didengari untuk membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran diri mereka – tidak hanya dalam pendidikan ilmu, tetapi turut meliputi kemahiran secara teknikal.

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now