Surat Siaran KPM: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid Di Sekolah

Surat siaran ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang panduan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani isu beg berat murid semasa hadir ke sekolah. 

Isu beg berat murid masih merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak dan mendatangkan keresahan kepada ibu bapa. 

Pemantauan ke sekolah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 17 Ogos 2018 mendapati bahawa beg murid di sekolah khususnya di sekolah rendah masih berat. 

Hal yang demikian kerana murid-murid yang membawa keperluan pembelajaran hariannya tidak mengikut jadual waktu persekolahan seperti yang ditetapkan. 

Berdasarkan kajian KPM pada tahun 2017, isu beg berat ini adalah disebabkan murid-murid membawa terlalu banyak buku termasuk buku-buku latihan, buku-buku swasta, kamus, buku komik, botol air, bekalan makanan, alat tulis yang melebihi keperluan termasuk baju sukan atau keperluan pakaian khas lain yang ditetapkan kepada murid oleh pihak sekolah. 

Berdasarkan kajian juga, jumlah buku teks dan buku aktiviti KPM sekiranya dibawa mengikut jadual waktu harian hanya menyumbang kepada 28% sahaja daripada berat keseluruhan tersebut.

Berikut adalah panduan yang dicadangkan kepada pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini:

Muat Turun: Surat Siaran KPM Bil. 8/2018: Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid Sekolah
Previous Post Next Post