Doktor dakwa guru tidak bijak urus murid tidak sihat, susahkan ibu bapa

Seorang doktor telah merakamkan dua buah video melalui aplikasi Tik Tok meluahkan pendapat beliau mengenai sikap guru yang dirasakan beliau tidak bertanggungjawab.

Dakwaan beliau lebih banyak berkisar kepada situasi murid yang tidak sihat tetapi tetap hadir ke sekolah untuk belajar.

Bagi beliau murid yang tidak sihat, tetapi mempunyai semangat untuk belajar, wajar diberi perhatian oleh guru. Beliau berkata, jika murid-murid tersebut tidak dibenarkan hadir untuk belajar, ini akan menyusahkan. ibu bapa untuk hadir dan ambil anak-anak di sekolah. 

Menurut beliau, ibu bapa mempunyai banyak kerja lain selain daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka yang sakit itu. Beliau berkata, guru-guru patut bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik.

Dalam video kedua beliau, beliau menasihatkan guru-guru untuk memberi ubat dan rawatan awal kepada murid yang tidak sihat. Ini akan memudahkan urusan ibu bapa daripada perlu membawa anak-anak ke klinik. 

Beliau turut menegur guru-guru supaya faham situasi ibu bapa yang sibuk dan bukan sekadar goyang kaki di rumah.


Untuk pengetahuan doktor, berikut adalah sebab-sebab mengapa pihak sekolah tidak memandai-memandai untuk beri rawatan kepada murid sakit atau tidak sihat.

Ada friend dekat Facebook ni beritahu pagi tadi, cikgu called suruh ambil anak dia di sekolah sebab anak dia jatuh. Ada luka sikit. Jadi, dia tanya dan minta pencerahan kenapa pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajar ke klinik / hospital? Bagus soalan dia ni sebab ramai tak tahu prosedur.

Sesungguhnya, pihak sekolah TAK boleh hantar sendiri pelajar yang sakit atau cedera ke hospital. Jika ada pelajar mengadu demam, pening, atau sakit, pihak sekolah TAK boleh beri ubat. Misalnya paracetamol (Panadol). (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 dan Bil: 1/1995)

Bukan pihak sekolah nak lepas tangan. Walau pun insiden jatuh / luka / kemalangan terjadi pada waktu persekolahan, pelajar itu tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa. Ini ialah prosedur.

Jika sebelum ini ada kes pihak sekolah hantar terus pelajar ke hospital, ia dibuat atas dasar TIMBANG RASA atau melibatkan kes KECEMASAN. Misalnya sawan atau sakit jantung. Tapi ibu bapa tetap dimaklumkan dalam perjalanan ke hospital dan guru akan minta kebenaran (lisan atau bertulis).

Benda macam ni bukan benda runcit-runcit. SEMUA tindakan guru kepada pelajar memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari.

Cuma, isu yang boleh dibangkitkan ialah keberadaan guru semasa insiden itu berlaku. Ada dua istilah penting iaitu 'kemalangan' dan 'kecuaian'. Jika guru ada semasa kejadian, ia kemalangan. Jika guru tiada semasa kejadian, ia kecuaian. Sebab tu kita cikgu-cikgu tak boleh lewat masuk kelas hatta 10 saat sekali pun. Risau jadi benda macam ini.

Kesimpulannya, anak anda tanggungjawab anda. Pihak sekolah hanya boleh bawa ke hospital dengan kebenaran ibu bapa. Kedengaran seperti mementingkan diri tetapi itulah kebenarannya. Perlu diketahui juga setiap pelajar dilindungi skim insuran takaful (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995).
Previous Post Next Post