Status guru kontrak tamat Jun diperjelas KPM


Rabu, 20 April - Status perkhidmatan guru yang berstatus Contract Of Services (COS) yang akan tamat pada 9 Jun 2022 diperjelaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi sesi soal jawab bersama guru-guru Muallim - Batang Padang pada 18 April 2022 yang lalu.

Status kontrak guru-guru berkenaan dimaklumkan akan disambung dua tahun lagi oleh kementerian. Di dalam tempoh tersebut, status sebagai mereka sebagai guru tetap akan ditentukan.  

Sesi soal jawab yang bertempat di SK Slim River ini merupakan tindakan proaktif YB Dato Dr. Mah Hang Soon selaku Timbalan Menteri Pendidikan 1 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muallim dan Batang Padang dalam tempoh kurang 12 jam rentetan spekulasi rancak yang tular di media sosial berhubung perkara ini.

Turut hadir adalah bagi menjelaskan perkara ini ialah 2 orang pegawai dari BPSM Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibawa khas oleh Timbalan Menteri tersebut.

 

 

Previous Post Next Post