Angkasawan Negara kagum 'sekolah biasa' tersenarai Sekolah Terbaik Dunia

Dr Sheikh Muszaphar Shukor

PETALING JAYA: Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kagum dengan prestasi dua buah sekolah kebangsaan yang tercalon untuk Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkata, prestasi yang ditunjukkan oleh sekolah 'biasa' ini menjangkau panda ngan umum yang sering melihat kepada sekolah Sekolah Beras rama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sendiri sangat kagum dengan prestasi sekolah ini, bagaimana mereka yang dilabelkan sebagai 'sekolah biasa' mampu mencapai satu tahap yang luar biasa' berbanding SBP dan MRSM

"Apa yang saya kagumkan sudah pastinya dengan kategori pencalonan yang mereka per olehi itu, bukan setakat mengharumkan nama negara malah memberi inspirasi buat pelajar dan guru-guru," katanya.

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang. Kuantan, Pahang, tercalon bagi kategori 'Inovasi' manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa, Klang, Selangor tercalon bagi kategori 'Menangani Cabaran bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Tambah Sheikh Muszaphar, sifat ingin tahu yang berlegar di fikirannya membuat beliau mengambil keputusan untuk melawat sendiri kedua-dua buah sekolah itu dalam masa yang terdekat.

"Sebelum ini saya tak pernah dengar tentang sekolah ini, saya sudah kenalpasti di mana tempatnya dan mungkin akan hadir ke sana untuk melihat sendiri.

"Kehadiran saya adalah untuk bersama barisan pendidik dan juga pelajarnya di sana, ini pencapaian yang hebat dan kita perlu berkongsi ilmu dengan mereka dan mengetahui apa keistimewaan mereka sehingga berjaya ke tahap ini," ujarnya.

Terdapat lima kategori dalam anugerah Hadiah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Penglibatan Kemasyarakatan, Inovasi, Tindakari Alam Sekitar, Sokongan Hidup Sihat dan Menangani Cabaran.

Previous Post Next Post