Kluster ILI dikesan di Sekolah Berasrama Penuh di Ipoh

Mohd Akmal berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.

Satu kluster Influenza-Like-Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Ipoh, dikesan pada Selasa lalu. 

Kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk. 

Hasil siasatan mendapati 25 daripada 220 orang pelajar yang terdedah mengalami gejala batuk, 11 orang sakit tekak, tujuh orang selesema dan empat orang sakit kepala.  

Ujian pengesanan Rapid Test Kit (RTK) antigen COVID-19 bagi 25 orang pelajar bergejala pada 19 Jun adalah negatif manakala, tiga daripada lima sampel swab nasopharyngeal didapati positif Influenza A H3 pada 21 Jun lalu. 

Sumber: Awani

Previous Post Next Post