Murid Raih Pujian Tunduk Hormat ‘Berterima Kasih’ Kepada Pemandu Yang Beri Laluan


Di luar negara, lebih-lebih di Jepun, sudah menjadi satu kebiasaan untuk melihat pelajar-pelajar sekolah memberikan ‘tunduk hormat’ kepada mana-mana pemandu jalan raya yang memberikan laluan kepada mereka untuk melintas jalan. 

Baru-baru ini seorang pemandu langsung tidak menyangka dapat berjumpa dengan seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang berbuat perkara yang sama. 

Dalam satu video pendek yang telah dimuat naik dan dikongsikan oleh pelbagai pihak, kelihatan pelajar perempuan itu segera membuat ‘tunduk hormat’ sebagai ucapan terima kasih kepada pemandu yang memberikan laluan kepadanya. 

Tindakan pelajar itu telah menarik perhatian ramai yang berbangga melihat adab budi pekerti yang ditunjukkan kepadanya. Agak jarang dapat melihat budaya seperti itu dilakukan dalam negara ini. 

Tambah netizen lagi, perbuatan itu juga hasil didikan daripada ibu bapa dan warga pendidik. Bak kata pepatah; Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. 



Dalam pada itu, netizen turut memuji pemandu berkenaan kerana memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada pelajar tersebut. Kiranya, kedua-dua pihak telah memperlihatkan akhlak baik yang ada pada rakyat Malaysia hari ini. 

Semoga video pendek ini menjadi tauladan kepada orang ramai supaya sentiasa bertoleransi dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

 

Previous Post Next Post