Setiap sekolah perlu sedia bilik kuarantin - Pakar Perubatan

Bilik isolasi sekolah SMK Simpang Bekoh

Kuala Lumpur: Setiap sekolah perlu menyediakan satu bilik pengasingan atau kuarantin bagi memastikan pelajar yang dijangkiti penyakit tertentu tidak menyebarkannya kepada orang lain.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata kebiasaannya pelajar yang ingin kembali ke asrama akan menjalani saringan supaya mereka bebas penyakit bawaan tertentu.

Katanya, masalah jangkitan penyakit ini berlaku apabila ia membabitkan kakitangan dalam sekolah yang keluar masuk setiap hari

"Situasi ini tidak menyekat transmisi penyakit daripada merebak dan sekiranya ingin melakukan saringan setiap kali (keluar dan masuk) adalah sangat tidak praktikal.

"Jadi seeloknya bilik kuarantin itu disediakan untuk memastikan ia tidak tersebar sebelum ibu bapa datang untuk meneruskan kuarantin di rumah.

"Kuarantin di rumahlebih selamat berbanding di sekolah," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, beliau berkata, guru juga perlu mempunyai sifat percaya kepada pelajar yang mengadu masalah berkaitan kesihatan yang dialami.

"Masalah penyakit berjangkit sekarang terlalu banyak seperti COVID-19, Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD), deng. gi dan cirit-birit akibat penyakit bawaan air.

"Malaysia juga sekarang menuju ke arah endemik di mana wabak ini akan sentiasa berlaku, jadi guru juga perlu memainkan peranan apabila ia membabitkan masalah kesihatan dihadapi pelajar," katanya.

Selain itu, beliau berkata, guru juga perlu peka dengan keadaan pelajar yang rentan khususnya seperti yang mempunyai masalah sistem imun, kurang nutrisi, kerdil dan sebagainya yang perlu diberi lebih perhatian berbanding murid lain.

"Sekiranya berlaku jangkitan, segera laporkan kepada pejabat kesi

jar di bilik kuarantin, bersihkan tempat dengan segera supaya tiada jangkitan lain berlaku," katanya.

Previous Post Next Post