SPM 2021: 7 calon dapat semua A+ di Terengganu

Abdul Muie (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pelajar cemerlang SPM di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.72 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, pencapaian itu mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 di peringkat kebangsaan.

“Lapan sekolah berjaya mencapai keputusan lulus semua mata pelajaran bagi semua calon-calonnya dengan Sekolah Sains Kuala Terengganu (Sester) mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik iaitu 1.40.

“Seramai tujuh calon memperolehi keputusan cemerlang semua A+ iaitu peningkatan berbanding empat calon pada tahun lalu,” katanya ketika pengumuman keputusan SPM 2021 peringkat Terengganu di Sester di sini hari ini.

Abdul Muie berkata, seramai 321 calon atau 1.93 peratus pula memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran diambil.

Tambah beliau, seramai 9,674 daripada 16,627 calon Terengganu yang menduduki peperiksaan SPM 2021 mencapai lulus semua mata pelajar.

“Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus menunjukkan peningkatan GPS tertinggi di Terengganu iaitu 5.19 berbanding 6.65 pada tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Previous Post Next Post