Tanam padi dalam kawasan sekolah

Gags Teacher
0

Tanjong Sepat: Jika sebelum ini penanaman padi hanya diketahui menerusi pembacaan atau dalam drama televisyen, murid Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) berpeluang untuk turun sendiri ke petak sawah untuk mempelajarinya dengan lebih dekat.

Inisiatif mewujudkan petak sawab dalam persekitaran SKBL dicetuskan Guru Penasihat Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Khoiri Ibrahim.

Antara lain program itu juga diadakan bertujuan menggalakkan murid meneroka ilmu baharu selain kemahiran bertanya dan menganalisis inkuiri), mengumpul data serta menjana idea yang signifikan.

Guru besarnya, Azmi Kamal Mat Lazim berkata, menerusi program itu juga, murid berpeluang melihat sendiri proses penanaman padi secara dekat yang dibuat se cara tradisional.

"Petak sawah yang diwujudkan hanya berkeluasan 30x40 kaki persegi sahaja. Ia diusahakan tenaga pengajar dengan bimbingan Jabatan Pertanian.

"Pada peringkat awal, program ini dibuat menyokong program Sekolah Lestari yang bermula pada 2021," katanya.


Tegas Azmi Kamal dalam menzahirkan program itu SKBL kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah, University Toyama dan Chuo  Elementary School Toyama, Jepun bagi memperkukuhkan lagi kelestarian sekolah," katanya.

Azmi Kamal berkata, selain mewujudkan petak sawah sekolah berkenaan turut mengusabakan tanaman nanas, herba, pokok kelapa selain ternakan ikan patin dan talapia.

Percaya Sains harus menjadi budaya dalam kehidupan harian, Azmi Kamal berkata program sebegitu itu juga mampu menarik minat murid terhadap bidang pertanian.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now