10 sebab Pentadbir perlu pastikan gurunya gembira

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa aset sekolah yang paling berharga adalah gurunya. 

Kenyataan itu tidak berapa tepat. Yang lebih tepat adalah aset sebenar sekolah adalah guru yang gembira. 

Hasil kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati individu-individu yang gembira dan bahagia menunjukkan tingkah laku di bawah ini: 

1. Mereka lebih baik hati terhadap rakan-rakan sekerja mereka. Sikap pekerja yang baik hati itu menjadikan mereka suka tolong menolong dan bantu membantu sesama mereka. 

2. Mereka lebih pemurah. Maksudnya, mereka mudah bertolak-ansur, tidak berkira-kira sangat apabila berunding dan mencari jalan sepakat. 

3. Mereka lebih mudah memberikan kerjasama, baik kepada sesama pekerja, ataupun kepada ketua, dan kepada majikan. 

4. Mereka lebih mudah bersetuju. Sikap itu sangat penting dalam budaya kerja berpasukan. 

5. Mereka lebih aktif, lebih bertenaga, lebih sihat, lebih produktif. 

6. Guru yang lebih gembira, mereka bekerja lebih kuat. 

7. Mereka lebih suka bekerja dalam pasukan. 

8. Kepada orang luar, mereka melaporkan yang baik-baik tentang sekolah dan pentadbir mereka. 

9. Guru yang bekerja dengan gembira mudah menjadi tiruan kepada guru-guru lain. Mereka pun terikut-ikut bekerja dengan gembira. 

10. Pentadbir sekolah yang bekerja dengan gembira cenderung menggalakkan orang-orang bawahannya supaya bekerja dengan gembira juga. 

Berdasarkan 10 faktor itu, pada masa ini pentadbir perlu banyak belajar cara-cara yang betul mencipta budaya sekolah yang mengutamakan kegembiraan guru. 

Previous Post Next Post