Kaji kerja 4 hari seminggu buang masa, membazir - CUEPACS

PETALING JAYA: Langkah mengkaji kebolehlaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu adalah merugikan dan tidak kena masa apabila perkara-perkara berkaitan kebajikan kakitangan awam belum dilaksanakan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Per. khidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada perkara yang memberi manfaat kepada peker. ja berbanding mengkaji perkara yang belum tiba masanya untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, ini kerana banyak perkara lain perlu diberi keutamaan untuk dilihat pelaksanaannya terutama berkaitan kebajikan penjawat awam berbanding kajian dilakukan itu.

"Kajian ini tidak relevan dan buang masa sedangkan sistem penyampaian yang ada sekarang belum boleh bagi perkhidmatan sepenuhnya.

"Lebih baik fokus pada kebajikan penjawat awam seperti keperitan hidup dengan harga barang meningkat dan kelulu. san yang dibuat oleh kerajaan seperti gantian cuti rehat (GCR) yang boleh ditebus 80 hari. Se. hingga kini belum dilaksanakan, sekadar isi borang namun tidak ada bayaran.

"Jadi perkara-perkara ini se patutnya diberi keutamaan daripada membuat kajian yang akhirnya tidak memberi manfaat," katanya ketika dihubungi semalam

Khamis lepas, media melaporkan, JPA menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ber. kata, kajian itu antara lain melihat bidangmana dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian untuk pelaksanaan tempoh masa kerja berkenaan serta jumlah waktu bekerja sehari.

Katanya, kajian tersebut juga turut melihat aspek pulangan

pelaburan, sama ada tempoh waktu bekerja itu relevan untuk dilaksanakan atau sebaliknya.

Justeru, Adnan mengharapkan penjawat awam tidak dimomokkan dengan kajian tersebut, sebaliknya kekal fokus memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Laksanakan apa yang telah diluluskan kerana ia juga sebahagian bentuk kebajikan supaya penjawat awam terus memberi perkhidmatan terbaik," jelasnya.

Kaji selidik syarikat Qualtrics sebelum ini mendapati, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Bagaimanapun, kaji selidik yang Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pada April lalu menunjukkan, sebahagian besar majikan tidak bersedia melaksanakan dasar waktu bekerja empat hari seminggu.

Kaji selidik itu mendapati, 60 peratus daripada 170 syarikat yang tidak mempunyai kerja syif dan 78.6 peratus daripada 112 syarikat yang mempunyai kerja syif, masing-masing tidak bercadang amalan minggu bekerja yang lebih singkat.

Previous Post Next Post