Senarai Pegawai Kerajaan Yang Layak Untuk Mengesah Salinan Dokumen, Sijil Sekolah

Setiap urusan penting yang hendak dilakukan pastinya memerlukan pengesahan salinan dokumen oleh pegawai yang layak.

Sebenarnya pengesahan salinan ini bukannya untuk menyusahkan urusan, tetapi untuk memastikan salinan dokumen yang akan dihantar untuk urusan itu adalah benar dan sahih.

Maklumlah, pada zaman yang serba moden ini pelbagai penipuan boleh berlaku. Tidak hairanlah jika ada pemalsuan dokumen berlaku.

Namun ramai yang menganggap urusan pengesahan salinan dokumen ini satu perkara yang menyusahkan kerana hanya pegawai dan orang tertentu sahaja yang boleh mengesahkan dokumen berikut. Semasa dapatkan pengesahan, mula lah pening nak cari pegawai mana yang layak.

Perkongsian ini khusus buat anda sebagai rujukan untuk semak senarai pegawai yang layak membuat pengesahan salinan dokumen.

DOKUMEN YANG PERLU DISAHKAN

Biasanya dokumen yang perlu disahkan adalah dokumen yang berkaitan dengan pengesahan penggunaan maklumat atau dokumen sokongan bagi urusan yang dibuat. Contohnya:

  • Salinan Kad Matrik 
  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Salinan keputusan peperiksaan
  • Salinan Akaun Bank
  • Salinan Slip Gaji
  • Sijil-sijil berkaitan
  • Surat sakit/rawatan
  • Surat pengukuhan sesuatu permohonan

Walaubagaimanapun, dokumen yang perlu disahkan adalah tidak sama bagi setiap urusan. Rujuk kepada urusan yang anda lakukan untuk tahu dokumen apa yang perlu disahkan.

Walaubagaimanapun, dokumen yang perlu disahkan adalah tidak sama bagi setiap urusan. Rujuk kepada urusan yang anda lakukan untuk tahu dokumen apa yang perlu disahkan.

SENARAI PEGAWAI YANG LAYAK BUAT PENGESAHAN

Pegawai yang layak membuat pengesahan salinan dokumen adalah daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 41/ Gred 3, Kumpulan A ke atas)

Berikut adalah senarai pegawai yang layak untuk membuat pengesahan.

Pegawai Pendidikan:

  • Pensyarah di IPTA/ Politeknik
  • Naik Cancelor & Timbalan
  • Pengarah & Timbalan Bendahari
  • Ketua Jabatan Pengajian ✓ Pegawai Pendidikan Negeri/ Daerah
Sekolah Menengah
  • Pengetua/ PK di Sekolah Menengah Kerajaan Sahaja
  • Kaunselor
  • Guru Kanan Guru Panitia Guru Cemerlang (Gred 41 sahaja) Ketua Bidang
Sekolah Rendah
  • Guru Besar di sekolah rendah

Pegawai Perkhidmatan Perubatan/ Kesihatan:

  • Semua doktor yang bertugas di Hospital dan Pusat Kesihatan KERAJAAN sahaja

Pegawai Kehakiman/ Perundangan:

Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman KERAJAAN sahaja.
  • Hakim
  • Majistret
  • Peguam Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Pegawai Undang-undang
  • Pendaftar Mahkamah ✓ Semua Peguambela dan Peguamcara
  • Semua Pesuruhjaya Sumpah Jaksa Pendamai
Pegawai Beruniform:
  • Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah Pengarah
  • Timbalan Pengarah 
  • Penguasa
  • Timbalan Penguasa Tentera (Kapten dan ke atas) Polis (Inspektor dan ke atas)
  • Pegawai Penjara (Pengusaha Penjara KP41 dan ke atas)
  • Bomba (Penguasa Bomba KB41 Dan ke atas)
  • Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1/Pegawai Hidupan Liar)
  • Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas) Kastam (Penguasa Kastam Gred WK41 dan ke atas)
Disemua Kementerian, Jabatan Persekutuan Dengan Gelaran Pegawai

Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas dengan gelaran pegawai berikut adalah layak.
Lain-lain:
  • Wakil Rakyat / Senator Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Sidang / Ketua Masyarakat / JKKK
  • SABAH DAN SARAWAK - ketua kaum/Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca/ Pegawai Taman Sabah
  • Pengurus FELDA/Pengerusi JKKR
  • Penghulu
  • Tuai Rumah (TR) 
  • Datuk Undang 
  • Ketua Masyarakat
Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. 

Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau tidak diterima. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sebagai rujukan untuk senarai pegawai yang layak membuat pengesahan dokumen.
Previous Post Next Post