Baju digunting, rambut dipotong ketika tidur, ibu kecewa MRSM lambat bertindak kes buli anak


Seorang ibu, Puan Nazrah Mohamed telah meluahkan rasa kecewanya dengan pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan yang lambat mengambil tindakan terhadap kes buli anak perempuannya di asrama.

Beliau meluahkan rasa tersebut melalui laman Facebooknya dengan menyenaraikan kronologi tindakan daripada pihaknya. Ikuti luahan beliau di bawah.

Kes telah berlarutan di MRSM Kuantan Rasmi dari bulan Jun 2022 sehingga ke hari ini. Kami masih tidak nampak penyelesaian malah kes semakin menjadi-jadi dan bertambah serius yang mana anak kami dan beberapa pelajar lain berterusan menjadi mangsa perbuatan khianat dan gangsterism. Sebagai ibubapa kami tidak boleh berdiam diri. Berikut adalah kronologi kes-kes yang berlaku di MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN.

17 Jun 2022 (Jumaat)

Uniform sekolah anak saya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng bersama-sama sehelai baju batik sekolah pelajar senior di dalam blok asrama puteri yang sama. Anak saya telah membuat aduan kepada pelajar senior Form 5 dan roll call diadakan untuk mencari pelaku tersebut tetapi tidak berjaya.
Baju anaknya diconteng - FB Nazrah Mohamed


19 Jun 2022 (Ahad)

Uniform kuning anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian  telah digunting di bahagian lengan. Anak saya telah menelefon dan maklumkan berkenaan kes berkenaan dan memberitahu pelajar senior sedang cuba menyiasat sendiri terlebih dahulu untuk mencari pelaku sebelum memaklumkan kepada warden.
Baju anaknya digunting oleh pembuli - FB Nazrah Mohamed


20 Jun 2022 (Isnin)

Saya menelefon Ketua Warden untuk follow up kes tersebut malangnya Ketua Warden terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. (Soalan: Adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden???)

22 Jun 2022 (Rabu)

Saya call Ketua Warden untuk follow kes di atas dan dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku.

26 Jun 2022 (Ahad) - pagi

Sehelai lagi uniform biru sekolah anak saya telah dijumpai diconteng selepas dia mengangkat baju di ampaian. Perkara sama juga berlaku kepada rakan sebilik anak saya yang mana baju PJ nya telah diconteng.

Baju digunting di ampaian


26 Jun 2022 (Ahad) - petang

Anak saya terjumpa dinding tandas telah diconteng dan terus memaklumkan kepada pelajar senior. Pelajar senior seterusnya memaklumkan kepada warden.

26 Jun 2022 (Ahad) – malam

Anak saya telah dipanggil oleh 5 orang warden dan mereka menekan anak saya dan dipaksa mengaku bahawa semua baju diconteng, digunting dan contengan di dinding tandas dilakukan oleh anak saya. Sedangkan anak saya adalah salah seorang MANGSA dan telah melaporkan semua kejadian kepada senior dengan segera apabila kejadian tersebut berlaku kepadanya. Sebaliknya, pihak maktab mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku.

3 Julai 2022 (Ahad) – pagi

Rakan sebilik anak saya terjumpa selipar disusun di hadapan pintu bilik mereka dan pintu tandas telah diconteng. Mereka sebilik telah mengambil gambar dan memaklumkan kepada senior berkenaan perkara tersebut.

14 Julai 2022 (Khamis)

Saya menelefon Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) untuk bertanyakan perkembangan kes-kes tersebut. Sebaliknya TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stress level yang sangat tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut. (Soalan: Atas kapasiti dan kepakaran apakah pihak maktab terus declare anak saya ada anxiety dan depression?)

15 Julai 2022 (Jumaat)

Saya telah mengambil anak pulang ke rumah dan dia telah menceritakan dia dipaksa mengaku oleh warden untuk semua kejadian tersebut.

17 Julai 2022 (Ahad)

Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar2 memastikan tahap kesihatan mentalnya. Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP. Doktor juga mencadangkan agar anak saya menjalani ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan tahap kesihatan mentalnya. Doktor juga mengambil kenyataan anak saya berdasarkan cerita anak saya atas apa yang terjadi di sekolah. Segala yang diceritakan oleh anak saya kepada doktor adalah konsisten sama seperti yang diceritakan kepada kami.

19 Julai 2022 (Selasa)

Anak saya telah menjalani semua ujian-ujian yang dicadangkan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan keputusannya ialah anak saya PERFECTLY FINE, SIHAT WALAFIAT!!! Berdasarkan keputusan tersebut, kami, suami isteri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak Pengetua, Pengurusan maktab dan warden untuk mendapat penjelasan dan mengetahui perkembangan kes-kes conteng baju dan gunting baju anak kami.

22 Julai 2022 (Jumaat) - petang

Kami telah berjumpa dengan Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Ketua Warden, Kaunselor dan seorang lagi warden. Daripada perjumpaan tersebut, Pengetua mengakui memang ada kesilapan dari pihak maktab dalam menjalankan sisasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anak kami dipersalahkan sedangkan anak kami adalah MANGSA. Kenyataan daripada Pengetua, TPPP, warden dan Kaunselor juga tidak konsisten.

22 Julai 2022 – malam

Kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab keatas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab. Kami juga telah failkan aduan di dalam SISPAA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

25 Julai 2022 (Isnin)

Kami telah memfailkan aduan di SISPAA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan MARA adalah di bawah KPLB.

5 Ogos 2022 (Jumaat)

Kami menerima maklumbalas dari pihak MARA dan ianya sangat mengecewakan kerana siasatan BERAT SEBELAH hanya kepada warden maktab. Anak saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas MARA juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana MARA menyatakan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan dipihak maktab ketika siasatan dijalankan.

7 Ogos 2022 (Ahad) - Pagi

5 helai t-shirt aktiviti maktab berwarna biru telah dijumpai oleh pelajar seniors di ampaian telah digunting melibatkan 4 orang pelajar termasuk baju anak kami. Pihak warden telah mengambil kenyataan bertulis daripada pelajar-pelajar terlibat.

8 Ogos 2022 (Isnin) - Pagi

5 helai uniforms sekolah berwarna kuning telah digunting membabitkan anak kami dan 4 orang rakan sebiliknya termasuk sehelai tudung sekolah berwarna putih kepunyaan anak kami yang telah digunting. 

Sekali lagi pelajar-pelajar terbabit telah dipanggil memberi kenyataan bertulis kepada warden berhubung kejadian tersebut. Anak saya menelefon dan maklumkan kejadian tersebut. Saya telah maklumkan kepada IO yang mengambil report kami berhubung 2 kejadian tersebut. 

Pihak polis telah datang ke maktab dan menemubual warden serta anak saya dan rakan sebiliknya. Pihak polis juga mengarahkan pihak maktab membawa anak saya ke balai untuk diambil keterangan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh kami pada 22 Julai 2022 yang lalu. 

Bayangkan anak kami yang belum pun sampai usia 14tahun terpaksa memberi keterangan di balai selama 2jam setengah. Ni semua disebabkan tindakan pihak maktab yang lembab dan sambil lewa sehingga kami terpaksa membuat laporan polis. 

Kami telah mengambil anak kami pulang ke rumah untuk direhatkan pada hari yang sama. Pada sebelah malam, kami dimaklumkan oleh salah seorang parent Form3, anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di dalam biliknya di asrama. Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami. Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El. Kami terus maklumkan kepada Ketua Warden, Pengetua, TPPP, Exco-exco Muafakat dan IO yang mengendalikan kes anak kami. IO nasihatkan untuk pihak sekolah membuat laporan polis.

11 Ogos 2022 (Khamis)

Kami menghantar anak kami pulang semula ke maktab untuk menghadiri kelas seperti biasa.

12 Ogos 2022 (Jumaat)




Anak kami menelefon pada jam lebih kurang 6.50 pagi dan memaklumkan rambut dia dan 2 orang rakan biliknya telah digunting pendek ketika mereka tidur malam tadi. Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Dalam masa yang sama, kami maklumkan kepada IO yang mengendalikan kes kami. Seperti kes terdahulu, IO menasihatkan agar pihak maktab membuat laporan polis di balai.
Rambut anaknya didakwa digunting - FB Nazrah Mohamed

Sehingga saat ini, kami masih menunggu update dari pihak maktab dan pihak polis.

Pihak MRSMKu begitu lembab dalam mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini. Sikap acuh tak acuh pihak Pengurusan MRSMKu tidak boleh diterima sama sekali! 

Kes-kes masih berulang dan sehingga hari ini telah melibatkan body contact. Adakah pihak MRSMKu nak tunggu sehingga ada kehilangan nyawa baru nak bertindak?!

PIhak MARA juga lambat dalam memberikan response dan lambat bertindak walaupun aduan telah dibuat! Pengetua, TPPP, YDP Muafakat, NYDP Muafakat dan sebahagian EXCO Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambal lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak!

Kami menuntut pihak MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut SEGERA dan mengenakan tindakan keras ke atasnya. Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan SEGERA memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ianya bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes JENAYAH yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan MARA masih lambat bertindak.

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

0 Comments