Maut diseret treler selepas hantar anak ke sekolah


TAPAH: Seorang ibu yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak ke sekolah maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah treler sebelum diseret sejauh 10 meter. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian berlaku di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi. 

“Dalam kejadian sekitar pukul 7.15 pagi di atas jambatan Sungai Batang Padang itu, mangsa, Shahriza Ishak, 39, parah di kepala ekoran diseret treler sejauh 10 meter” kata Wan Azharuddin. 

Nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah. 

“Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang wanita itu bergesel dengan treler menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya: 

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa diseret treler berkenaan hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala” 

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian. 

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler berusia 36 tahun terbabit positif dadah jenis methamphetamine lelaki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

 

Previous Post Next Post