PRU15: Lebih banyak sekolah akan dijadikan pusat pengundian

Port Dickson: Bilangan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan dijadikan pusat pengundian semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangka bertambah susulan peningkatan pengundi baharu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alimin, berkata sehubungan itu, KPM menjangkakan sekolah yang tidak pernah menjadi pusat pengundian sebelum ini, akan digunakan untuk tujuan terbabit pada PRU akan datang.

"Dengan pertambahan pengundi, pusat pengundian juga akan bertambah dan sekolah yang dahulunya tidak digunakan, akan digunakan kali ini.

"Sekolah terbabit sudah dimaklumkan dan kerja awal di premis juga sudah dimulakan. Perbincangan sudah diadakan di antara Jabatan Pendidikan negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah, di sini sema

kan, kos bagi pelaksanaan PRU-15 dianggarkan kira-kira RM1 bilion berbanding kebiasaannya yang hanya membabitkan perbelanjaan sekitar ratusan juta sebelum ini.

Pengundi baharu 

Jumlah jangkaan itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding kos menganjurkan PRU-14, iaitu sekitar RM500 juta, manakala perbelanjaan bagi PRU-13 adalah sekitar RM400 juta.

Perbelanjaan besar itu termasuk bagi menampung peningkatan jumlah pengundi baharu melalui pelaksanaan had umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang dikuatkuasakan sejak Disember tahun lalu.

la sekali gus menyebabkan berlakunya pertambahan pusat mengundi, saluran mengundi, petugas pilihan raya dan pembelian peralatan untuk menjayakan PRU-15 yang boleh diadakan bila-bila masa.

Pembabitan pengundi berusia 18 tahun dan pendaftaran pemilih buat kali pertama dilaksanakan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Mac lalu.

Previous Post Next Post