Sistem berpusat | Misi perkasa Pentaksiran Bilik Darjah - Radzi


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan meningkatkan kecekapan sistem dalaman bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah melaksanakan sesi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efisien.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, usaha meningkatkan kecekapan sistem itu berikutan terdapat keluhan daripada guru mengenai kesukaran memasukkan data pelaporan yang sama di beberapa sistem berbeza.

"Kita sedang bina satu sistem, seperti contoh pelaporan PBD secara berpusat iaitu mereka hanya perlu masukkan data itu sekali sahaja dan boleh dikongsikan dengan pelbagai pihak jika diperlukan.

"Selain itu, kementerian juga memutuskan untuk membina satu sistem khusus bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah membina jadual waktu dengan lebih cekap dan efisien," katanya sebagai menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai pelan tindakan kerajaan bagi mengurangkan beban kerja guru. - Bernama

 

Previous Post Next Post