Tiada unsur gengsterism kes buli di MRSM Kuantan - Polis


KUANTAN: Polis Pahang mengesahkan tiada unsur gangsterism membabitkan kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihaknya sudah merakam percakapan pihak berkaitan termasuk guru, pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan. 

Terdahulu beliau mengesahkan pihak polis menerima dua laporan daripada ibu dan warden membabitkan kejadian buli di institusi pendidikan itu. 

Kes disiasat di bawah seksyen 427 kanun keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat. 

“Orang ramai dinasihat tidak sewenang wenangnya memuat naik sebarang hantaran perkongsian yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa”, katanya dalam satu kenyataan media petang tadi. 

Semalam tular di media sosial facebook, menerusi akaun pengguna Nazrah Mohamed terhadap dakwaan tiada tindakan diambil pengurusan MRSM Kuantan membabitkan kes buli anaknya. 

Nazrah turut mendakwa adanya perbuatan khianat dan budaya gengsterism di sekolah seperti berlaku terhadap anaknya yang mana baju sekolah diconteng dan rambut digunting ketika sedang tidur. 

Perkongsian itu mendapat perhatian lebih 22,000 pengguna media sosial.
Previous Post Next Post