Kes Culik | Sekolah di Kelantan keluar peringatan

Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid tular pada Ahad.

KOTA BHARU - Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid. 

Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah. 

"Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya. 

"Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku," kata kenyataan tersebut. 

Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit. 

Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak. 

Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa. 

"Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.

Sumber: Sinar Harian
Previous Post Next Post