PM umum cuti Isnin



Kajang: Kerajaan mengumumkan Isnin depan sebagai cuti umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menurutnya, ketetapan itu dibuat bagi meraikan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Harapan (PH) bersama dua lagi gabungan parti politik hari ini. 

Beliau berkata, hasrat itu juga disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik selesai istiadar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. 

"Saya putuskan cuti Isnin ini selepas berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Setiausaha Negara," katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long, di sini, hari ini.

 

Previous Post Next Post