Tuntutan Dong Zong gesa iktiraf UEC ancam keharmonian

Kurang 72 jam Perdana Menteri ke-10 dilantik, Dong Zong telah mula menggesa Kerajaan Pakatan Harapan yang didokong oleh Barisan Nasional untuk mengiktiraf United Education Certificate (UEC) yang diambil dari Taiwan sebagai kelayakan am kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam. 

"Sekiranya benar tuntutan yang disenaraikan ini adalah daripada Dong Zong, ianya boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keharmonian," kata Timbalan Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dina Abu Zahar. 

"Saya tegaskan ini bukannya masa untuk membawa agenda sekelompok kecil tetapi kembali mengeratkan semula jurang antara rakyat berbilang kaum. 

Sumber: FB Dina Abu Zahar

"Walaupun pada PRU14 lalu, BN pernah menawarkan manifesto seumpama ini, namun manifesto ini telah ditambah baik dengan memperkenalkan subjek komunikasi ibunda di sekolah seluruh Malaysia pada PRU15. 

"Benar, BN telah mengiktiraf UEC bagi pengambilan ke IPG pada tahun 2011. Tetapi ianya adalah relevan untuk pengkhususan Bahasa Cina," jelas beliau. 

Beliau berkata, ini adalah masa kita memperkasa persamaan antara rakyat. Rakyat perlu raikan kemajmukan tetapi tidak sehingga menggugat asas keharmonian antara kaum. 

"Saya gesa agar Perdana Menteri ke-10 yang didokong oleh Barisan Nasional melantik Menteri Pendidikan yang berwibawa agar mengutamakan perpaduan kaum sesuai dengan semangat keMalaysiaan," kata beliau lagi.
Previous Post Next Post