Mengapa Dong Zong begitu agresif menggesa kerajaan mengiktiraf UEC?

Imej hiasan

Beberapa hari selepas Datuk Seri Awar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, Dong Zong dengan cepat mengatur langkah mengemukakan 11 cadangan, termasuk menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC).

Malah, mereka juga mencadangkan supaya setiap sekolah pelbagai aliran diinstitusikan dan diberi peruntukan saksama.

Hal ini bukan baharu kerana cadangan yang sa ma sudah mereka utarakan pada 2018.

Bukan rahsia besar, UEC diketahui silibus pengajian di sekolah persendirian Cina yang diambil dari Taiwan. Silibusnya sangat jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1995.

Dalam Perkara 152 (a)(b) Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa maksud 'rasmi' bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Namun, UEC dikendalikan dengan menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan. Justeru, apakah yang menjadi motif di sebalik perjuangan UEC? Apakah ketakutan Dong Zong? Sedangkan sebelum ini kerajaan yang memerintah sangat nyata memberikan peluang dan ruang kepada mereka.

Sebaliknya, jika kerajaan sekarang meluluskan cadangan Dong Zong, ia adalah tindakan yang mencemarkan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara yang perlu dibimbangkan sekiranya cadangan ini diterima berkemungkinan boleh membawa kepada isu perkauman. Sememangnya rakyat Malaysia tidak dapat lari daripada isu yang membabitkan perkauman, namun ia tidak boleh men- jadi alasan bagi kita untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja hal yang serius seperti ini terus berlaku. Apatah lagi kita dapat melihat secara jelas, isu ini mendapat sokongan daripada orang ter- nama seperti ahli politik berpengaruh.

Pertimbang kesan jangka panjang

Dalam hal ini, politikus yang memerintah negara ini perlu celik mata dan memikirkan kesan jangka panjang jika hal itu menjadi nyata. Kita juga tidak boleh membiarkan mereka yang berdiri di atas semangat nasionalisme luar secara berlebihan dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh mengancam keharmonian hubungan rakyat di negara ini.

Isu ini juga berkaitan dengan elemen keadilan yang sangat dititikberatkan oleh kerajaan baharu. Jika dilihat, ia mempunyai kontradiksi di antara UEC dan keadilan yang diperjuangkan oleh mereka.

Tidak dinafikan bahawa UEC ini juga adalah antara manifesto yang disertakan oleh Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya baru-baru ini. Namun, perkara ini sangat memerlukan pertimbangan dan keputusan yang tepat.

Tindakan Dong Zong nampaknya sangat agresif. Adakah mungkin ini adalah rentetan daripada kerusi Parlimen yang mereka menangi lebih daripada PKR, Amanah dan MUDA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus, membuka ruang dan peluang untuk UEC ini diiktiraf dalam sistem pendidikan Malaysia?

Rahimey Rahman | Gerakan Mahasiswa Prihatin, UKM

Previous Post Next Post