![]() |
Seorang guru wanita bersama anak lelaki maut selepas dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, pagi ini. - Foto Astro AWANI |
MELAKA TENGAH: Seorang guru wanita bersama anak sulungnya maut selepas dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 21 tahun ditemui di ruang tamu rumah.
Sementara itu, seorang lagi anak mangsa berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj rumah satu tingkat itu.
Setakat pukul 9 pagi ini, pasukan forensik masih berada di lokasi, diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.
Berita lanjut menyusul