Muat Turun Pekeliling Pemberian KGT Khas Penjawat Awam

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas bagi tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Kadar KGT semasa bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebagaimana yang ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2016.

Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada kadar KGT antara RM80.00 hingga RM400.00.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.

Muat Turun: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2022 : PEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Muat Turun: SOALAN LAZIM PEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Previous Post Next Post