Usaha iktiraf UEC bukan keutamaan KPM - Fadhlina

Putrajaya: Pegiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keuta- maan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, kata Menterinya, Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata, tumpuan kerajaan dan KPM ketika ini adalah usaha untuk menangani cabaran ekonomi dan kos sara hidup dihadapi rakyat. 

"Apa-apa isu berkait rapat, termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan dilihat dari semasa ke semasa. 

"Apa-apa berkait dengan manifesto juga kita akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manisfesto Pakatan Harapan (PH) semata-mata," katanya pada sidang media khas di sini semalam. 

Hadir sama timbalannya, Lim Hui Ying. Beliau ditanya kenyataan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pen- tadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf

Meurut Dong Zong, semua kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, yang dikeluarkan KPM. 

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa ke- bangsaan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini. 

Dong Zong dalam kenyataan sebelum ini juga memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional dan dilihat sebagai isu akademik. 

Dalam kenyataan itu, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi ber- dialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pe- mahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan itu dapat didalami secara rasional dan pragmatik. 

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dila- porkan meminta Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.
Previous Post Next Post