KPM syor naikkan bantuan makanan prasekolah - Fadhlina

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk prasekolah kepada RM2.50 di Semenanjung dan RM2.75 bagi bagi Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2023 yang dijangka dibentangkan pada 24 Februari ini.

"Prasekolah ini, kita berjuang untuk yang ada dan akan datang. Sekarang ini kadar mereka ialah RM2 di Semenanjung manakala RM2.25 di Sabah dan Sarawak.

"Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa memang mereka tak akan mendapat makanan dan nutrisi yang tepat untuk pembesaran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KPM di sini, hari ini.

Previous Post Next Post