Guna alasan hantar makanan, warden asrama cabul anak yatim

KUALA TERENGGANU: Bekas warden asrama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu terhadap pertuduhan melakukan amang seksual kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.


Tertuduh, Roslan Mohamad, 33, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim, Noriah Osman.


Berdasarkan pendakwaan, Roslan didakwa memasuki  bilik mangsa dengan alasan untuk menghantar makanan yang disedekahkannya.


Tertuduh kemudiannya mengambil kesempatan melakukan amang seksual ke atas mangsa dengan menyentuh kemaluan mangsa.


Perbuatan berkenaan dilakukannya di asrama rumah anak yatim dekat Marang, pada 28 Julai lalu.


Kes didakwa mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan Seksual Kanak kanak 2017.


Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Tertuduh juga diarahkan mahkamah membayar wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.


Sebutan semula kes pada 13 September.


Kes dikendalikan Timbalan pendakwa raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dengan tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: Buletintv3

Previous Post Next Post