Kes buli di Mukah: Lima pelajar ditahan reman

Imej hiasan vis Bing Image Creator


MUKAH - Lima suspek yang merupakan pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pihak pihak berhubung kes buli seorang pelajar. 

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 27 Mac yang berlaku di asrama sekolah berkenaan. 

"Kejadian pertama berlaku di dorm asrama lelaki pada 25 Mac sekitar jam 9.30 malam apabila mangsa pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun telah dicederakan di bahagian dada dan belakang badan oleh beberapa pelajar senior. 

"Suspek menuduh mangsa telah menghilangkan seluar mereka yang di basuh oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, kejadian kedua berlaku pada 26 Mac sekitar jam 9.30 malam di tempat yang sama, mangsa sekali lagi dicederakan secara fizikal di bahagian dada, perut dan kemaluan. 

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan dan rawtan lanjut sehingga semalam. 

"Lima suspek berusia 17 tahun telah ditahan bersabit kes ini, kes disiasat di bawah Seksyen 506, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan," katanya. 

Katanya, kesemua suspek direman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan. 

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam. 

"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dengan kes buli ini," katanya.
Previous Post Next Post