Gantian Cuti Rehat (GCR) - Apa yang anda perlu tahu?


APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?

Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

BILA BERKUATKUASA?

Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan telah di tambah baik dari masa ke semasa.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?

Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut.

http://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf

FORMULA PENGIRAAN

Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 

1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR.

KELAYAKAN PEMBAYARAN GANTIAN CUTI REHAT?

  • Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. 
  • Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.
  • Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa. 

Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal https://www.jpa.gov.my/component/tags/tag/elaun
Previous Post Next Post