Kantin ‘naik angin’ sekolah minta sumbangan untuk jamuan di hotel

 

Tangkap layar tersebut masih lagi mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

8 November - Seorang individu dipercayai pengusaha kantin sekolah, hari ini 'naik angin' apabila memuat naik satu hantaran kontroversi di dalam sebuah kumpulan FB Kantin Sekolah Malaysia (School Canteen Operator).

“MINTA MAAF YE.. CIKGU2 MEMANG KEMARUK DGN DUIT KANTIN KE? 

BULAN 6 HARI TU MINTA SUMBANGAN RM1500++ UTK BAIKI SURAU, KELMARIN MINTA LAGI UTK JAMUAN KAT HOTEL.. KANTIN NI BANK NEGARA AGAKNYA..,” tulis beliau.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada segenap lapisan termasuklah daripada pihak guru sendiri.

Ada yang menyarankan kepada beliau untuk tidak meletakkan perkataan ‘guru’ di dalam hantaran tersebut kerana ia memberi gambaran negatif untuk semua guru seluruh negara.

Ada juga netizen yang bersetuju dan memohon pihak sekolah supaya berpada-pada dalam memohon sumbangan daripada pihak kantin kerana situasi pandemik.


Previous Post Next Post