Maszlee kecewa KPM tidak berminat dengan Program Sarapan Percuma (PSP)

Kuala Lumpur - Bekas Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik hari ini menzahirkan rasa kecewa beliau melalui satu hantaran di Facebook beliau berkenaan soalan lisan beliau di parlimen yang telah dijawab oleh Menteri Pendidikan.

"Soalan saya jelas, apakah Kerajaan hari ini bercadang untuk memperkenalkan semula Program Sarapan Percuma (PSP) bagi tahun 2022 sebagai usaha pemulihan pasca wabak COVID-19.

"Yang Menteri Kanan Pendidikan dok ikut keputusan jamaah menteri kerajaan lama tahun 2020 sebelum COVID-19 ni apa cerita? Ini isu kebajikan rakyat dan bukannya isu politik," katanya.

Menurutnya, Rancangan Makanan Tahunan (RMT) bagi tahun 2020 dan 2021 tidak digunakan sepenuhnya disebabkan situasi pandemik dan murid-murid tidak dapat ke sekolah lebih 200 hari.

"RMT hanya untuk segelintir sahaja murid di kalangan bottom B40, PSP mensasarkan semua tanpa diskriminasi demi membina generasi,

"Buat rakyat Malaysia, dan para guru, saya telah mencuba, saya telah perjuangkan. Malangnya KPM dan Menterinya tidak berminat untuk melaksanakan PSP," katanya lagi.

Beliau turut berkongsi salinan jawapan jawapan bertulis yang diterimanya hari ini.

Previous Post Next Post