Muat Turun Toolkit PdP KBAT terbitan BPK, KPM


Toolkit PdP KBAT adalah manual pelaksanaan yang lengkap bagi sekolah untuk mencapai kriteria cemerlang pembudayaan KBAT dalam PdP berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Toolkit PdP KBAT ini dibina agar dapat dijadikan rujukan utama guru dalam meningkatkan mutu PdP yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 

Pembinaan dan pengumpulan bahan dalam Toolkit PdP KBAT adalah merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam inisiatif KBAT Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berpemikiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Guru boleh memperoleh pelbagai sumber dari Toolkit PdP KBAT ini, yang dapat meningkatkan kreativiti mereka apabila membuat perancangan PdP supaya menjadi lebih menarik, bermakna dan mencabar pemikiran serta potensi murid. 

Toolkit PdP KBAT ini diterbitkan supaya guru dapat mengakses pelbagai sumber yang terdapat dalam toolkit dengan mudah dan cepat secara sistematik. Bahan yang terdapat dalam toolkit ini dapat membudayakan guru mengamalkan KBAT dalam PdP mereka. 

Toolkit ini juga boleh diakses melalui Internet menggunakan komputer atau telefon pintar. Ini menjadikan bahan toolkit mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana saja asalkan terdapat kemudahan capaian Internet.

 Muat Turun:

Previous Post Next Post