Salah Faham Istilah 'Elaun Keraian' Dalam Kalangan Penjawat Awam


Isu ini entah berapa kali diperdebatkan. Dah dekat 20 ke 30 tahun gamaknya, atas alasan mentafsir erti 'Keraian' itu mengikut Kamus Dewan dan ikut kepala sendiri...

Dalam perjawatan sektor awam, ada kalanya terma-terma yang digunakan tidaklah membawa maksud secara langsung atau 'direct translation'. Terma-terma yang digunakan ada tafsirannya tersendiri yang telah diwartakan.

Dalam sektor awam, Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) adalah berdasarkan Gred, boleh rujuk jadual berikut:
Berdasarkan jadual di atas, Gred 44 ke atas menerima Elaun Tetap Keraian, mereka yang mendapat elaun keraian tidak lagi diberikan elaun tetap khidmat awam.

Jadi, apakah yang dimaksudkan Elaun Keraian itu?

Menurut dokumen yang diterbitkan oleh Jabatan Akautan Negara Malaysia:
Elaun keraian adalah elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.

Elaun ini dibayar kepada semua pegawai perkhidmatan awam gred 43 dan keatas (gred 43-54 ; Kumpulan Pengurusan dan Profesional) serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Jadi tidak timbullah isu elaun tersebut perlu dan wajib digunakan untuk kononnya meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra segala bagai.

Semoga ada pencerahan di situ ya...
Muat Turun:
Senarai Semak Pembayaran Pejabat Perakaunan: IMBUHAN TETAP PERKHIDMATAN DAN KERAIAN

 

Previous Post Next Post