Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Dan Rendah (MySG)

 

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 bagi tahun 2021 telah menerbitkan Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia: Malaysia School Governance (MySG).

"Penyediaan senarai tugas guru merupakan salah satu inisiatif jangka panjang yang terkandung dalam tindak susul Kajian Inisiatif #97 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah-sekolah KPM.

"Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-214 Bil. 8/2017 bertarikh 5 Oktober 2017 telah bersetuju Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM menjadi peneraju kepada inisiatif ini," katanya.

Menurut kementerian itu, MySG merupakan satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan dan menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari Bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.

"Namun begitu, penerbitan MySG ini tidak menghalang pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merancang dan melaksanakan amalan terabik (program dan aktiviti) di negeri dan daerah masing-masing yang bersesuain dengan keupayaan sumber di sekolah," jelasnya lagi.

Kementerian itu turut berkata, Mesyuarat Profesional KPM Bil. 11/2021 bertarikh 23 Mac 2021 bersetuju dan meluluskan penggunaan garis panduan tadbir urus sekolah Malaysia yang dinamakan Malaysian School Governance (MySG) sebagai rujukan rasmi pengurusan sekolah-sekolah KPM.

Dokumen setebal hampir 350 muka surat itu boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KPM atau klik sahaja melalui pautan di bawah.

Muat Turun:


MySG Sekolah Rendah


MySG Sekolah Menengah
Previous Post Next Post