Mengapa Guru Hanya Layak Cuti Rehat Khas 10 Hari Setahun Sahaja?

 

KEMASKINI!

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT KHAS KEPADA

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 10 TAHUN



***************************


Bilangan minggu bekerja penjawat awam dalam setahun ialah 52 minggu, manakala bilangan minggu persekolahan dalam setahun ialah 43 minggu dan sembilan (9) minggu lagi diperuntukkan untuk cuti sekolah. 

Pada masa cuti sekolah, Pengetua / Guru Besar (PGB) boleh mengarahkan guru datang bertugas tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti persekolahan. 

Perbezaan minggu bekerja ini juga menyebabkan guru tidak layak mendapat Cuti Rehat sebaliknya digantikan dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari setahun.

WAKTU BEKERJA RASMI GURU

Waktu bekerja rasmi guru adalah waktu bekerja yang kehadiran mereka diambil kira dalam Rekod Perkhidmatan sama ada bekerja di sekolah atau di luar sekolah. 

Penetapan waktu bekerja rasmi guru di sekolah ditentukan oleh pihak pentadbir merangkumi perkara-perkara berikut: 

(1) Waktu Persekolahan 
(2) Waktu Kokurikulum 
(3) Arahan Semasa Pentadbir 
  • Selain waktu persekolahan dan kokurikulum 
  • Semasa cuti penggal (tidak melebihi separuh cuti persekolahan) 
  • Hari Sabtu (tidak melebihi 2 kali sebulan)
Merujuk kepada para (1) di atas, PGB boleh menetapkan waktu masuk dan keluar guru pada hari persekolahan dan menetapkan bilangan waktu mengajar guru seminggu.

Merujuk kepada para (3) di atas, PGB hendaklah mengeluarkan arahan bertulis dan merekodkan kehadiran guru yang berkenaan dengan memastikan penetapan waktu bekerja 45 jam seminggu dipatuhi.


Rujukan pekeliling:
  • Perintah Am Bab A-G 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5/1977 : Tugas-tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2/1981 : Ketetapan Masa di sekolah-sekolah 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) oleh Guru. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1982 : Waktu Sekolah dalam Bulan Puasa. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 10/1995 : Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 
  • Surat Siaran KPPM Bilangan 5/1998 : Tanggungjawab Mengajar bagi Pengetua dan Guru Besar di Sekolah. 
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6/2005 : Cuti Rehat Tahunan kepada PGB. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2005 & Surat Siaran KPM Bilangan 2/2016 : Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 : Pelaksanaan Bekerja 5 hari seminggu 
  • Surat Siaran KPM Bilangan 7 Tahun 2015 : Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2016 : Kemudahan Cuti Kuarantin. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 2017 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8/2017 : Cuti Rehat Khas PPP (10 hari mulai 1 Januari 2018) 
  • Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 : Peringatan Pelaksanaan Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah. 
  • Pekeliling Perkhidmatan JPA Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja dari Rumah 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2000 : Hari Rehat Sabtu


Previous Post Next Post