Murid Tahun 4 enggan ke sekolah bongkar aktiviti tidak bermoral gurunya

Imej hiasan

Kuala Lumpur: Keengganan murid lelaki berusia 10 tahun ke sekolah sejak Januari lalu membongkar kejadian amang seksual yang didakwa membabitkan gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya.

Menurut sumber, kejadian itu dilaporkan hanya disedari keluarganya selepas dipujuk kerana enggan ke sekolah sebelum diberitahu dia menjadi mangsa amang seksual guru terbabit sejak tahun lalu.

"Ahli keluarganya yang tidak berpuas hati kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah kelmarin, sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

"Susulan itu, mereka tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

 

Previous Post Next Post